Smart Government merupakan satu gaya pentadbiran yang berasaskan informasi teknologi dan komunikasi untuk meningkatkan produktiviti kerja menjadi lebih efektif dan efisien. Dua inisiatif yang dilakukan oleh MBIP dalam mencapai elemen Smart Government iaitu One Map MBIP dan Iskandar Puteri Command and Control Centre. MBIP telah menyediakan satu laman sesawang berkaitan Sistem Maklumat Geografi (One Map MBIP) yang merupakan usaha dalam mewujudkan Smart Government melalui perkongsian maklumat geografi dengan penduduk sekitar.
Pautan link: MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (mbip.gov.my)MBIP juga akan menyediakan satu pusat kawalan dan simpanan data yang dikenali sebagai IPCCC (Iskandar Puteri Command and Control Centre) yang dijangka akan siap pembinaan pada tahun 2024. Pusat kawalan ini bertanggungjawab sebagai pusat kawalan komponen pintar di MBIP seperti Smart CCTV, Smart Parking dan Smart Traffic Light
IPCCC berfungsi sebagai satu Hab pusat pemantauan berpusat keseluruhan perbandaran yang merangkumi pemantauan keselamatan, trafik, kualiti alam sekitar, infrastruktur dan bencana alam.
Ia selari dengan visi MBIP 'Bandaraya Pintar, Mapan dan Sejahtera', bertujuan untuk meningkatkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan awam menerusi penggunaan teknologi terkini sebagaimana objektif berikut:
i.Menyediakan ruang kerja yang bersesuaian dan berfungsi sebagai Pusat Kawalan INTEGERATED COMMAND AND CONTROL CENTER (ICCC).
ii. Pusat kawalan yang boleh berfungsi sebagai tempat pemantau dan kawalan dalam menangani isu-isu keselamatan dari segi trafik, jenayah, kebakaran, kemalangan, bencana alam dll.
iii. ICCC merupakan satu inisiatif MBIP dalam menyediakan pusat kawalan yang dapat disepadukan bagi setiap jabatan yang terlibat agar tindakan lebih praktikal dan efisen.
iv. Pemusatan kawalan dapat memberi tindakan yang lebih cepat dan pantas dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat .Penyediaan prasarana dan peralatan ICT terkini di Pusat Kawalan ICCC ini dapat memberi aliran kerja dan penyediaan data-data yang lebih jitu dan efisen.