8. PELAKSANAAN PENDIGITALAN DALAM PERKHIDMATAN

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital merupakan visi pendigitalan Sektor Awam untuk menyokong Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), MyDIGITAL dan Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030). Pendigitalan ini memberi fokus kepada kelangsungan Kerajaan Digital mampan melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang inklusif dan bersepadu kepada semua golongan masyarakat daripada pelbagai kumpulan sasar di pelbagai geolokasi berasaskan konsep tiada yang terpinggir (leaving no one behind) meliputi golongan rentan.



Pelaksanaan pendigitalan dalam perkhidmatan MBIP

i. ONE MAP MBIP

Operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku Kerajaan Tempatan adalah amat berkait rapat dengan lokasi. Ini dapat dilihat daripada Sistem Penarafan Bintang PBT di mana 62% kriteria adalah berkaitan dengan lokasi. Di manakah sumber hasil baru? Di mana adaun penduduk’? Di mana aset Majlis dan rizab untuk Pembangunan? Ini juga selaras dengan syor global di bawah tema New Urban Agenda-Teknologi dan Inovasi di mana Kerajaan harus melabur dalam memetakan data reruangan yang berkualiti tinggi, mengikut edaran masa dan jitu.

One Map MBIP adalah satu Geo Portal yang dibangunkan secara in-house oleh MBIP dengan menggunakan Enterprise Systems Architecture (ESA). Ia adalah sistem yang pertama bagi MBIP direkabentuk sepenuhnya dalam ESA dan membenarkan lebih daripada seorang warga kerja meyurih data, berkongsi secara atas talian dan real time, dan warga kerja dan rakyat mencapai kepada koleksi peta dan maklumat melalui semua peralatan dan browser pada bila-bila masa.

https://onemap.mbip.gov.my/portal/home/

ii. PENDIDIKAN KELESTARIAN JOHOR

Pendidikan Kelestarian merupakan kerjasama antara Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama-sama dengan Universiti Teknologi Malaysia, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (IRDA), SWM Environment Sdn. Bhd. dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Perancangan strategik yang tersusun ini bertujuan membudayakan kesedaran kelestarian melalui pendidikan untuk semua sekolah di negeri Johor dalam merealisasikan Dasar Kelestarian Negeri Johor.

Sistem yang meliputi pengiktirafan jalinan JPNJ bersama sektor yang terlibat dengan mengambilkira unsur kemenjadian murid (PAK21 & STEM), mengamalkan unsur kelestarian di sekolah dan memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang aktif

http://www.pendidikankelestarianjohor.edu.my



iii. GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berbesar hati mengiktiraf amalan pembudayaan rendah karbon yang dijalankan sebagai satu dimensi baharu dan nilai tambah kepada komuniti melalui penawaran Geran Komuniti Rendah Iskandar Puteri Rendah Karbon. Bagi memastikan penawaran geran penyelidikan ini kekal relevan dan berfokus bagi menghakupayakan komuniti, kajian pasaran telah pun dilakukan bagi melihat keperluan bidang keutamaan komuniti dan masyarakat awam. Berdasarkan hasil kajian pasaran tersebut, didapati komuniti memerlukan idea dan kepakaran, kerjasama dari semua pihak dan juga dana. Sehubungan itu, geran ini direka bentuk sesuai dengan keperluan komuniti, dalam masa yang sama mengalakkan jaringan kerjasama penyelidikan yang mampan sesama ahli projek. Geran ini diihat berupaya menjadi satu platform bagi menghakupayakan komuniti melalui inovasi projek yang akan melahirkan inisiatif dan tindakan rendah karbon yang mampan

Penawaran Geran ini bermula pada tahun 2021 dan diteruskan sehingga kini. Pada tahun 2021, Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 1.0 menawarkan sehingga RM200,000.00, manakala penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 2.0 dan 3.0 adalah pada RM500,000.00. Penawaran Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon diteruskan berdasarkan impak positif yang diperoleh oleh komuniti setempat. Geran ini menfokuskan pemberian suntikan fiskal sebagai salah satu inisiatif bagi mendepani cabaran ekonomi semasa selain membudayakan gaya hidup rendah karbon dalam konteks global.

https://sites.google.com/utm.my/iskandarputerirendahkarbon

iv. SMART DIGITAL INFRASTRUCTURE MBIP

Operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku Kerajaan Tempatan adalah amat berkait rapat dengan lokasi. Ini dapat dilihat daripada Sistem Penarafan Bintang PBT di mana 62% kriteria adalah berkaitan dengan lokasi. Di manakah sumber hasil baru? Di mana aduan penduduk’? Di mana aset Majlis dan rizab untuk Pembangunan? Ini juga selaras dengan syor global di bawah tema New Urban Agenda-Teknologi dan Inovasi di mana Kerajaan harus melabur dalam memetakan data reruangan yang berkualiti tinggi, mengikut edaran masa dan jitu.

Smart Digital Infrastructure adalah satu Portal yang dibangunkan secara in-house oleh MBIP yang mana merujuk kepada aplikasi teknologi digital dan pendekatan berasaskan data untuk mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan, dan ketelusan operasi Kerajaan dan penyampaian perkhidmatan. MBIP mengiktiraf kepentingan infrastruktur digital dalam menyokongnya inisiatif bandar pintar dan menambah baik keseluruhan tadbir urus dan perkhidmatan.

http://setiageojb.fortiddns.com:8899/mbip/



Selain daripada di atas, terdapat juga beberapa sistem atau aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh Bahagian Teknologi Maklumat, MBIP dan juga pihak luar bagi memenuhi keperluan pengguna dan orang awam di sekitar kawasan MBIP.

SOSIAL MEDIA MBIP