Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui platform Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) turut menjalinkan beberapa kerjasama yang erat bersama beberapa rangkaian global. Ianya dimulakan melalui kerjasama bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) di dalam membangunkan masyarakat rendah karbon bermula dari tahun 2015 sehingga sekarang. Ia menfokuskan perkongsian kepakaran dan pelaksanaan program yang berkaitan rendah karbon.
Seterusnya, pada tahun berikutnya kerjasama global di antara MBIP dan badan-badan antarabangsa yang lain mula berkembang. Antara rakan kerjasama global adalah seperti Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC) pada 2019 - 2022 yang mana projek ini dipayungi oleh United Nation Development Program (UNDP), Global Covenant of Mayors for Climate & Energy (GCoM) di bawah Kesatuan Eropah (EU) sekitar tahun 2019 dan UK Partnering for Accelerated Climate Transitions (UK PACT) di bawah British Commission sekitar tahun 2022.
Setiap kerjasama ini memberikan peluang kepada MBIP membuat perkongsian dan mendapatkan kepakaran di peringkat global bagi mengatasi masalah perubahan iklim. Kerjasama ini adalah satu bentuk kerjasama yang berterusan sehingga ke tahun 2023.
Kerjasama di antara JICA, JST (Japan), IRDA & MBIP untuk membangunkan polisi dan kapasiti berkaitan Rendah Karbon.
GTALCC ialah projek 5 tahun yang memudahkan pelaksanaan inisiatif rendah karbon di bandar-bandar Malaysia. Ia mendapat kerjasama antarabangsa daripada UNDP & GEF.
Pihak MBIP telah menjalinkan rangkaian bersama dengan GCoM di bawah EU untuk berkongsi status pelaksanaan Rendah Karbon bersama-sama 12,804 bandar lain di dunia.
Pihak UK PACT Bersama-sama Plan Malaysia, MBIP & IRDA membangunkan Pilot Projek: Modeling System bagi menterjemahkan Low Carbon di dalam Pelan Guna Tanah MBIP. Ianya dikembangkan ke 3 lagi PBT yang lain di Malaysia.
En Safwan Shaari, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, MBIP telah dijemput untung menyampaikan ceramah di dalam Keynote Session di ATU-NET Student Leader Forum 2022.
Ini dihoskan oleh Rangkaian Universiti Teknologi Asia (ATU-Net) sebagai program tahunan
yang disusun khas untuk membawa pemimpin belia dan pelajar dari institusi ahli ATU-Net dan
seterusnya berkongsi pengetahuan mereka dan belajar antara satu sama lain, mengukuhkan ikatan
serantau mereka, dan membentuk identiti global yang dikongsi bersama.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh Program: 29 September 2022 (Khamis)
Masa: 10:00 – 17:00 (GMT+8)
Platform: Zoom dan Facebook Live
En Safwan Shaari, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, MBIP telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di dalam Infopoint Hybrid Conference Telah berlangsung di Brussels, pada hari Isnin, 7 November 2022, juga diadakan secara maya melalui Zoom/WebEx dari 11.00 hingga 12.30 CET (GMT+1) | 18.00 hingga 19.30 WIB (GMT+8).