4. PENYATA KEWANGAN

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

Piawaian Perakauan Bagi penyediaan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017 (Perakaunan Akruan), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mula menggunapakai piawaian perakaunan Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS).

Status Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 Kerajaan Negeri melalui surat daripada Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor no rujukan Bil(15) dlm.PKNJ(K)67A/1Jld.28 bertarikh 8 Mei 2023 telah bersetuju bagi penyerahan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 kepada Jabatan audit Negara oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Joholr dilanjutkan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2023.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menghantar Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 kepada Jabatan Audit Negara untuk tujuan pengauditan pada 19 April 2023 sebagaimana surat Majlis, no rujukan MBIP(KEW)400-1/4/5(5) bertarikh 19 April 2023.

Tetuan PSYAP & CO. PLT merupakan firma audit swasta (FAS) yang dilantik oleh Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 Majlis Bandaraya Iskandar Putreri secara fizikal di Ibu Pejabat, MBIP mulai 8 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023.

Mesyuarat Penutupan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 MBIP dijadualkan pada 5 September 2023 sebagaimana surat daripada Jabatan Audit Negara Negeri Joohor no rujukan surat AUDIT/J/599:1/16/Jld 20(37) bertarikh 9 Ogos 2023.

Berdasarkan penemuan audit oleh FAS yang diterima mendapati tiada isu-isu major dan jumlah perbezaan yang signifikan besar pelarasan yang perlu dilakukan. Pihak Majlis berharap Jabatan Audit Negara dapat mengeluarkan Sijil Bersih bagi Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 yang memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada 31 Disember 2022 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

SOSIAL MEDIA MBIP