2. JAWATANKUASA BANDAR PINTAR (SMART CITY) MBIP

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

Bandar pintar merujuk kepada bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi untuk menangani isu dan cabaran perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup, ekonomi, kemampanan alam sekitar serta memastikan pengurusan bandar yang efektif dan efisien. Penubuhan unit dan jawatankuasa Bandar Pintar (Smart City) telah dilakukan di peringkat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang selaras dengan kriteria utama penarafan Bandar Pintar berdasarkan Standard MS ISO 37122:2019 untuk bekerjasama dan menjayakan inisiatif Bandar Pintar.



URUSETIA BANDAR PINTAR

Urusetia Jawatankuasa Bandar Pintar yang telah dilantik bertanggungjawab dalam melaksanakan mesyuarat jawatankuasa, perlaksanaan program dan inisiatif-inisiatif Bandar Pintar MBIP



PERANCANGAN PENJAWATAN SMART CITY

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri berada dalam fasa perancangan jangka masa panjang untuk menambah penjawatan baharu dalam unit Bandar Pintar dengan mengambilkira perlbagai pengurusan yang berkait dalam elemen Bandar Pintar selaras dengan Pelan Tindakan Bandar Pintar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri



PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR ISKANDAR PUTERI

Penyediaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Johor 2030 menjadi pelengkap kepada agenda di peringkat Negara dan Negeri yang menyokong kepada pendekatan bandar mampan dan pintar sebagai mekanisme kepada pengurusan bandar.

Selari dengan visi MBIP ke arah Bandar Pintar, Mampan dan Sejahtera, MBIP telah mengambil inisiatif untuk menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Iskandar Puteri yang akan memberi fokus kepada perancangan dan pembangunan bandar pintar yang bersifat people centric smart city melalui sokongan penggunaan teknologi dan penyelesaian pintar bagi meningkatkan kualiti hidup, ekonomi dan kemampanan alam sekitar.

Dokumen ini akan menjadi panduan hala tuju dan pembangunan bandar pintar dalam kawasan pentadbiran MBIP yang merangkumi tindakan projek dan program melalui smart solution.



TIMELINE PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR ISKANDAR PUTERI

Tempoh penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Iskandar Puteri ini adalah selama 8 bulan dengan anggaran kos sebanyak RM 500,000.00.

Status pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Pintar Iskandar Puteri telah bermula pada awal tahun 2023, dimana ia bermula daripada peringkat penyediaan Terma Rujukan dan kini ia berada dalam proses pelantikan perunding.



SOSIAL MEDIA MBIP