22 APRIL 2022 - Bandaraya Iskandar Puteri dan PUSPANITA MBIP dengan kerjasama tajaan daripada beberapa agensi antaranya CIMB Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, MYDIN Mohemad Holding Berhad & Yayasan Penyayang Iskandar Puteri telah menganjurkan Program Santunan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Dan Kelainan Upaya sempena bulan Ramadan.
Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP bersama Yang Dihormati Datin Hajah Norita binti Zaini, Pengerusi PUSPANITA MBIP, Y.M Ungku Ahmad bin Ungku Haji Mohd Zakaria, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MBIP dan wakil-wakil penaja.
Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan kelainan upaya dalam kalangan kakitangan MBIP dimana setiap keluarga yang terlibat menerima hamper, beg keperluan sumbangan hari raya, pakaian serta duit raya.
6 JULAI 2022 - Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman yang mempunyai seni bina dan reka bentuk unik bertemakan “industrial & eco-friendly” telah tersenarai sebagai antara 27 masjid yang paling unik seluruh dunia, menjadikan ianya sebagai pusat tarikan orang ramai terutamanya pelajar jurusan senibina di dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Masjid ini mempunyai rekabentuk futuristik menggabungkan seni bina moden yang bertemakan "minimalis" dan "industrial" serta menekankan ciri kelestarian yang tinggi dalam pebagai aspek. Keunikan seni bina dan peranannya sebagai pusat komuniti termasuk bagi masyarakat bukan Islam telah menjadi kriteria utama pemilihan Masjid Daing Abdul Rahman sebagai satu-satunya masjid di Malaysia yang disenarai pendek bagi Anugerah Seni Bina Masjid Abdullatif Alfozan (AFAMA) 2019.
Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), MBIP melalui Jabatan Landskap telah melaksanakan program pengindahan di persekitaran Masjid Daing Abdul Rahman. Sebanyak 6,888 pokok ditanam dan antara spesis pokok yang telah ditanam adalah Hibiscus rosa sinensis (Bunga Raya), Calathea lutea (Calatea), Ervatamia divaricata dwarf (Pinwheel Flower), Loropetalum chinense var rubrum (Fringe Flower) dan Heliconia psittacorum spp (Parakeet Flower). Pokok-pokok yang telah ditanam ini diserahkan semula kepada Jawatankuasa masjid untuk tujuan penyelenggaraan oleh komuniti setempat.
14 JULAI 2022 - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menyerahkan sebuah kenderaan (Van) milik MBIP kepada Surau Nur Hidayah, Lima Kedai. Datuk Bandar MBIP; Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad telah menyerahkan kenderaan tersebut kepada Ahli Jawatankuasa Surau Nur Hidayah. Penyerahan kenderaan tersebut adalah untuk memberikan kemudahan kepada ahli jawatankuasa surau serta penduduk setempat.
6 OGOS 2022 - Laksamana Neon Run 2022 telah berlangsung dengan jayanya pada malam 6 Ogos 2022 di Dataran Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Datuk Bandar MBIP; Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000.00 kepada penganjur Laksamana Neon Run 2022, iaitu Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Sumbangan ini diberikan bagi membantu pesakit-pesakit kanser dari segi perubatan, peralatan, dan sebagainya
24 SEPTEMBER 2022 - Program ini menjadi asas kepada inisiatif hijau strategi baharu melibatkan komuniti bagi mengurangkan aktiviti pencemaran sungai, mengenalpasti Denai Komuniti sepanjang sungai dan meningkatkan ekopelancongan serta mendedahkan komuniti tentang Program Denai Sungai Kebangsaan 2030.
Turut hadir Datuk Bandar MBIP, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Ybhg Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM, para jemputan Dari UTM, Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Johor, Pihak UNESCO - IHP Malaysia, Institut Pendidikan Guru SMK Medini, sukarelawan dan penduduk kampung
26 OKTOBER 2022 - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menyerahkan sumbangan kepada Yayasan Penyayang Iskandar Puteri di Dewanraya Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
Dato’ Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP menyerahkan sumbangan tersebut kepada Datuk Khairi A. Malik Selaku Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri sebanyak RM2,555,023.86 Sumbangan ini bertujuan bagi pembangunan sosio-ekonomi dan modal insan masyarakat di kawasan Iskandar Puteri
1&2 NOVEMBER 2022 - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menghantar 2 buah lori tangki air bagi membantu membekalkan air bersih kepada kawasan-kawasan yang terjejas dengan masalah bekalan air di Bandar Seri Alam dan Taman Rinting, Pasir Gudang dan kawasan-kawasan sekitarnya.akibat insiden paip utama pecah.
24 NOVEMBER 2022 - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Rakan Strategik Masjid Al Asma'ul Husna, Bandar Uda Utama dan Galeri Aura Islam telah mengadakan Program Iskandar Puteri Berselawat Bersempena Sambutan Hari Bandaraya MBIP 2022, di Masjid Al Asma'ul Husna, Bandar Uda Utama.
Dalam program tersebut, MBIP telah memberikan sumbangan kepada Masjid Al Asmaul Husna, Bandar Uda Utama, Anak-Anak Yatim & Miskin Skudai Raudhatul Maryam, dan Madrasah Tahfiz Az Zahra yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor bersama-sama Dato' Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Penerima sumbangan :
1. Masjid Al Asma’ul Husna, Bandar Uda Utama (RM8,000.00)
2. Pertubuhan Anak-Anak Yatim & Miskin Skudai Raudhatul Maryam (RM5,000.00)
3. Madrasah Tahfiz Az Zahra (RM3,000.00)
JANUARI - DISEMBER 2022 - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah memberikan peruntukan bagi setiap zon / kawasan Ahli Majlis sebanyak RM 10,000.00 untuk diagihkan ke setiap kawasan Iskandar Puteri