16. PELAKSANAAN PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) - LA21



INISIATIF MBIP DALAM MENJAYAKAN LOCAL AGENDA 21

Local Agenda 21 merupakan Pelan Tindakan Global atau rangka tindakan (blue print) bagi pembangunan mampan hasil Deklarasi Rio De Jenerio, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah negara termasuk Malaysia. Ianya merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Penubuhan LA21 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bermula semenjak tahun 2009 melalui kelulusan Kertas Kerja Penubuhan Local Agenda 21 (LA21) dalam Mesyuarat jawatankuasa Kewangan dan Perkara Am bilangan 7/2009. Enam objektif penubuhan LA21 di MBIP adalah sebagaimana berikut iaitu,

1. memberi perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan dalam melaksanakan kerja- kerja persiapan, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Program Kemasyarakatan
2. Menjalinkan hubungan yang memuaskan, baik dan telus bagi mewujudkan hubungan erat antara Ahli Majlis dan juga masyarakat
3. Melaksanakan kerja-kerja persiapan bagi majlis-majlis rasmi Kerajaan, Ahli Majlis, Agensi Kerajaan, kakitangan MBIP, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Penduduk
4. Menganjurkan dan mengurus program-program kemasyarakatan seperti Program Jawatankuasa Penduduk, Program Gerak Tumpu, Program Local Agenda 21 dan Program Gotong-Royong bersama penduduk dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
5. Mewujudkan persekitaran dan hubungan kerja yang harmoni di dalam organisasi serta suasana kerja yang lebih selesa, ceria dan mesra pelanggan
6. Menjadikan majlis sebagai sebuah institusi yang lebih dikenali, difahami dan dihormati dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik





Bagi menggalakkan penglibatan Ahli Majlis dalam menjayakan Local Agenda 21 dan menerapkan aktiviti turun padang, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah memperuntukkan sebanyak RM30,000 setahun kepada setiap Ahli Majlis bagi menjalankan program iaitu RM 20,000 dalam bentuk bantuan peralatan keraian, jamuan, peralatan gotong-royong manakala RM 10,000 program khas Bakul Makanan dan Keperluan Asas kepada mangsa bencana untuk diagihkan ke setiap kawasan Iskandar Puteri. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 159 aktiviti LA21 dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Ahli Majlis, Jawatankuasa Penduduk, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain bersama menjayakan program antaranya adalah penyampaian bakul makanan dan keperluan asas, Program Gotong-Royong / Johor Bersih / Plogging, Program Bantuan Kepada Komuniti Setempat, Program Kibar Jalur Gemilang & Sambutan Ambang Kemerdekaan, Kempen Kesedaran Alam Sekitar Dan Kesihatan, Program Gotong-Royong Di Kawasan Perkuburan Islam, Program Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan, Program Pemindahan Keluarga Ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Perling, Program Santunan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Dan Kelainan Upaya dan Program Ibadah Qurban Perdana.

BILANGAN PENGLIBATAN LOCAL AGENDA 21


<

CABARAN MARI EXPLORE: PETA @ SIREH PARK


Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama-sama rakan strategik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), SWM Environment Sdn. Bhd. dan sokongan daripada City Nature Challenge, Sireh Park @ Iskandar Puteri serta Little Wild School telah tampil dengan aktiviti khusus sempena cuti persekolahan melalui penganjuran Cabaran Mari Explore PETA @ Sireh Park untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada hampir 80 orang peserta daripada kalangan ibu bapa dan kanak-kanak bagi meraikan kelestarian ekologi dan biodiversiti yang terdapat di Sireh Park.

PETA @ IP telah menjadikan Bandaraya Iskandar Puteri sebagai bandaraya pertama seumpamanya di negeri Johor yang menyertai program tahunan antarabangsa, City Nature Challenge melalui Iskandar Malaysia City Nature Challenge (IMCNC) dengan membolehkan masyarakat setempat terlibat dalam aktiviti meneroka spesies dan tumbuhan liar terdapat di sekitar bandar raya. Projek tersebut juga meningkatkan pemeliharaan kawasan penyimpanan karbon di Iskandar Puteri secara semula jadi.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti Kelas Rama-Rama dan Pepatung, Sesi Eksplorasi dan Perkongsian Peserta serta Permainan Bingo dan Kolaj Semula Jadi.

SOSIAL MEDIA MBIP