SOUTHERN VOLUNTEERS merupakan satu badan sukarelawan yang ditubuhkan secara rasmi pada 21 Disember 2020 khusus untuk
anak jati negeri Johor yang dinaungi oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Ditubuhkan bagi menggalakakkan penyertaan belia Johor dalam memberi khidmat secara sukarela kepada rakyat dan negeri Johor.
Malah berperanan sebagai pemangkin pembentukan budaya sukarelawan dalam kalangan belia di negeri Johor.
Matlamat utama SOUTHERN VOLUNTEERS ini adalah untuk melibatkan golongan belia di dalam bidang kesukarelawan dan bilangan
yang berdaftar dengan SOUTHERN VOLUNTEERS terkini lebih kurang 23,000 orang.
SOUTHERN VOLUNTEERS Iskandar Puteri telah terlibat secara langsung dalam misi bantuan
pasca banjir di daerah Segamat dan Muar pada bulan Januari 2022.
Misi ini bermatlamat untuk membantu meringankan beban keluarga yang terkesan
dengan musibah banjir yang telah melanda.
Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir SOUTHERN VOLUNTEERS telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di Dataran Iskandar Puteri. Majlis pelepasan ini turut disertai oleh Yang Berbahagia Tuan Haji On bin Jabbar@Ja'afar Timbalan setiausha Kerajaan Johor ( Sukan, Belia & Sukarelawan ).
Seramai 55 Ahli SOUTHERN VOLUNTEERS MBIP bersama kenderaan Lori Water Tank 1 unit, Lori Roro 2 unit,
Lori Crew Cab 1 unit, Lori kargo 1 Unit, Pick Up 4X4 3 unit , van 3 unit dan SUV 3 unit.
Dan dari SOUTHERN VOLUNTEERS MBJB seramai 50 anggota bersama Lori Water Tank 1 unit, Lori Roro 2 unit,
Lori Crew Cab 3 unit, Lori kargo 1 Unit, Pick Up 4X4 5 unit dan van 3 unit .
Juga bersama konvoi misi ini ialah Team Triton Johor sebanyak 6 buah kenderaan Pick Up 4X4.
Antara kawasan yang terlibat adalah sebagaimana berikut :
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menjalankan program gotong-royong pembersihan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rodziah Gelang Patah pada 25 Mac 2022, Jumaat dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kurnia, Johor Bahru pada 27 Mac 2022, Ahad.
Objektif program ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan tanah-tanah perkuburan tersebut.
Turut hadir pada 25 Mac 2022, Datuk Bandar MBIP; Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Setiausaha MBIP; Puan Hajah Khasanah binti Sufaat@Supa’at, Ketua Jabatan MBIP, Ahli PUSPANITA MBIP serta Ahli Jawatankuasa & penduduk setempat kawasan tersebut.
Manakala pada 27 Mac 2022 telah dihadiri oleh, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor; Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); Yang Berhormat Dato’ Haji ‘On bin Jabbar@Ja’afar
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah melaksanakan Program Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan 1443 Hijrah pada bulan April 2022. Program yang telah disertai oleh SOUTHERN VOLUNTEERS Iskandar Puteri dan kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri ini melibatkan aktiviti memasak, membungkus dan mengagihkan bubur lambuk kepada komuniti di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Bubur lambuk ini telah diagihkan kepada beberapa tempat seperti komuniti Presint Bakti Taman Mutiara Rini, Bazar-bazar ramadan di Taman Nusa Perintis, Taman Universiti, Taman Sri Pulai dan Perumahan Lima Kedai, serta kepada agensi-agensi lain seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kelab Alami Tanjung Kupang, dan Sekolah Kebangsaan Pendas Laut
SOUTHERN VOLUNTEERS Iskandar Puteri (SVIP) turut sama membantu kerja-kerja pemindahan barang-barang dan peralatan rumah dari Rumah Pangsa Taman Jaya yang telah diisytiharkan sebagai tidak selamat diduduki ke PPR Melana Indah 2, Taman Perling.
Pihak MBIP sentiasa peka dan prihatin terhadap segala keperluan dan permasalahan penduduk khususnya di dalam Kawasan Bandaraya Iskandar Puteri.