Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan teras strategik MBIP – Transformasi bakat dan penyampaian berprestasi tinggi dalam perkhidmatan pengurusan aduan awam yang terbaik direalisasikan. Melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam atau dikenali sebagai SISPAA telah menjadi satu platform berkesan dalam penyampaian pengurusan aduan awam bagi inisiatif mesra pelanggan untuk menyalurkan aduan awam atau semakan status aduan semasa.
Bermula pada 1 Januari 2020, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri - www.mbip.spab.gov.my telah membantu ribuan pengguna dalam menyalurkan aduan awam kepada pihak majlis secara cepat, cekap dan berkesan ianya dapat dilihat melalui pembuktian apabila sistem ini telah diperkenalkan kepada orang awam secara meluas. Selari peredaran masa, melalui telefon pintar MBIP juga telah menggunapakai aplikasi Respons Rakyat (RR) yang diintegrasikan secara langsung kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) selain menggunapakai Aplikasi i-Tegur yang dibangunkan oleh Pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai saluran aduan rasmi MBIP.