Tandas awam yang bersih, selesa dan selamat bukan sahaja menjamin keselesaan pengguna semata-mata namun ia juga dapat mengelakkan jangkitan penyakit serta memberi imej yang baik bagi sesebuah bandar. Bagi memastikan tandas awam milik PBT sentiasa dalam keadaan yang bersih, penggredan atau pengauditan star rating tandas awam ini dijalankan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) berdasarkan “Garis Panduan Star Rating Kebersihan Tandas Kegunaan Awam Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan”. Pada tahun 2022, sebanyak 18 tandas awam milik Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah digredkan yang merangkumi tandas awam di pasar, dewan, terminal bas dan gerai. Daripada jumlah tersebut 16 buah tandas mendapat 4 bintang manakala 2 buah tandas telah mendapat 2 bintang.
Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran Majlis juga sentiasa merancang dan berusaha untuk menaiktaraf tandas-tandas awam milik PBT secara berfasa selaras dengan keperluan, garis panduan dan perkembangan dari semasa ke semasa.