10. PROGRAM MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

Iskandar Puteri Rendah Karbon, IPRK adalah platform yang ditubuhkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), ia turut di sokong oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), dan SWM Environment Sdn. Bhd. yang komited untuk menerajui usaha-usaha mampan dan rendah karbon bagi merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi peringkat global dan Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030.

Beberapa projek utama bertujuan mengintegrasikan penyelesaian berasaskan sosial bagi menghadapi risiko alam sekitar yang semakin meningkat seperti kenaikan suhu dan banjir di kawasan Iskandar Puteri.

Selain itu, melalui platform IPRK ini telah berjaya menfokuskan kepada 12 Goal keseluruhan berbanding 17 Goal yang digariskan kesemuanya. Ianya terdiri daripada Goal 1, 2, 3, 4, 6, 7, 9, 11, 13, 14, 15 dan 17.



Bridging The Sustainable Community:
MBIP juga telah mengambil pendekatan melalui penglibatan komuniti antaranya mengadakan acara-acara Masyarakat Rendah Karbon (LCS) yang berpaksikan Behavorial Change, Educational & Informational, Public-Private Partnership dan Zero Waste Lifestyle melalui perkongsian pihak awam dan swasta dengan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti setempat. Di samping itu, untuk membina komuniti yang tangkas dan bandar yang mampan, perkara yang perlu dilakukan hendaklah bermula daripada komuniti setempat melalui pendidikan & kesedaran dan juga perubahan tingkah laku. Beberapa projek utama dalam mengintegrasikan sosial berdasarkan penyelesaian dalam bertindak balas terhadap risiko alam sekitar yang semakin meningkat antaranya peningkatan suhu, banjir dan lain-lain di sekitar kawasan Iskandar Puteri.



LAPORAN MEDIA TV3 DI DALAM SLOT BULETIN 1.30, 20 JULAI 2022 BAGI PROJEK KEBUN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI: PANGSAPURI KENARI, KANGKAR PULAI

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan "Projek Kebun Komuniti Iskandar Puteri bersama Komuniti Pangsapuri Kenari, Kangkar Pulai" pada November 2019 dan masih berjalan sehingga sekarang. Projek ini adalah bersempena dengan Program Bangsa Johor Bahagia yang merupakan hasil ilham dan inisiatif keluarga Diraja Johor yang telah dilancarkan pada 17 Mac 2019 oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah. Ia turut mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pertanian Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Iskandar Regional Development Authority (IRDA), SWM Environment Sdn. Bhd. dan ramai lagi. Projek ini memfokuskan kepada kesedaran dalam gaya hidup Bebas Sisa di kalangan penduduk dalam mendepani masalah pemanasan global yang sedang dijalankan oleh pihak MBIP sejak awal tahun 2018 lagi. Sehingga kini, Projek Kebun Komuniti ini telah berjaya meraih banyak pengiktirafan dan penghargaan:

1. Winner For Commonwealth Association Of Planner(CAP) Award 2021
2. Tempat ke-2 Anugerah Kejiranan Hijau 2020 (AKH 2020)
3. Tempat Pertama Pertandingan Video Pendek Patriotik Bersempena Hari Kemerdekaan Ke 64 dan Hari Malaysia 2021 Peringkat MBIP
4. Saguhati Kategori Institusi Dalam Pertandingan Kalendar Rendah Karbon MBIP 2021
5. Tempat Kedua Anugerah Komuniti Selamat dan Prihatin Program Bandar Selamat MBIP 2021

SOSIAL MEDIA MBIP