1. INDEKS PENGUKURAN KPKT (ANUGERAH KEJIRANAN HIJAU)

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) merupakan program tahunan untuk mengiktiraf pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau di peringkat nasional oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Institusi Awam, dan Swasta serta komuniti di Malaysia.Terdapat enam (6) kategori yang dipertandingkan iaitu :-

Komuniti Perumahan Bertanah;
Komuniti Perumahan Bertingkat;
Komuniti Perumahan Kampung;
Individu;
Institusi Awam/Swasta; dan
Pihak Berkuasa Tempatan )PBT)


Anugerah Kejiranan Hijau ini adalah merujuk kepada (5) panduan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau sepertimana yang telah digariskan dalam Garis Panduan Perancangan (GPP) Kejiranan Hiijau terbitan PLANMalaysia.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengambil bahagian di dalam Anugerah Kejiranan Hijau 2021 bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).MBIP juga telah melaksanakan kelima-lima panduan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau sepertimana yang telah di gariskan di dalam Garis Panduan Perancangan (GPP) Kejiranan Hiijau iaitu :-

Penyediaan laluan basikal; Penyediaan laluan pejalan kaki; Kebun Kejiranan; Sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan (SPAH); dan Pengkomposan sisa

SOSIAL MEDIA MBIP