Dengan tema pembangunan “All in One Iskandar Puteri”, pelbagai Pembangunan yang berinovasi bertaraf global telah dibangunkan di Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Antaranya Taman Tema Legoland yang pertama di Asia, Pelabuhan Tanjung Pelepas yang merupakan antara 20 Pelabuhan terbaik dunia, 2 Pusat Siber MSC. 1 Zon Perindustrian dan Perdagangan Bebas serta Iskandar Malaysia Studios.
Bermula daripada sebuah penempatan kecil semasa era Kangchu, Iskandar Puteri telah berkembang menjadi sebuah bandar metropolitan Baharu bagi Kornubasi Selatan. Ia mempunyai sempadan maritim yang juga merupakan pintu masuk negara antara Malaysia dengan Republik Singapura, Laluan Link Kedua ke Singapura dan perkhidmatan feri ke Provinsi Kepulauan Riau.
Pentadbir bandar sentiasa bersiap sedia untuk menambahbaik perkhidmatan bagi keperluan penduduk dan pelawat dengan pengangkutan awam yang cekap, kemudahan rekreasi yang berkualiti dan perkhidmatan perbandaran yang pintar