1. INDEKS PENGUKURAN KPKT (MURNINET)

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

MURNInets merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk bandar.PLANMalaysia telah menjalankan kajian mengenai penunjuk kemampanan bandar bermula pada tahun 1998 dan satu set penunjuk kemampanan bandar yang pertama telah disediakan pada tahun 2002 dikenali sebagai Malaysia Urban Indicators Network (MURNInet).PLANMalaysia telah menjalankan kajian penambahbaikkan MURNInets yang dikenali kini sebagai MURNInets 2.0 pada tahun 2017. MURNInets 2.0 merangkumi 6 dimensi, 22 tema dan 43 penunjuk.Melibatkan 27 penunjuk untuk tindakan penyediaan data oleh Pusat Operasi MURNInets PBT (POM PBT) dan 16 penunjuk adalah untuk tindakan oleh Pusat Operasi MURNInets Negeri (POMN)/ PLANMalaysia@Negeri.Kajian penambahbaikkan ini juga selaras dengan perubahan dasar-dasar utama negara (RMKe-11, RFN Ke-3 dan DPN2) ketika ini dan penggunaan pelbagai penunjuk kemampanan bandar di peringkat antarabangsa maka wujudnya keperluan untuk menjalankan kajian penambahbaikan dan pengukuhan MURNInets agar ia kekal relevan untuk digunakan.

ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2022 MELALUI PROGRAM MURNInets 2.0

MBIP dianugerahkan sebagai Bandaraya Mampan 2022 dan dinobatkan sebagai antara 10 bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi di Malaysia. Anugerah Mampan 2022 telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 3/2022 yang berlangsung pada 13 Disember 2022. Walaupun terdapat kekangan semasa Pandemik Covid-19 pada tahun 2021, MBIP terus komited bersama-sama pihak agensi dan komuniti yang terlibat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program-program pembangunan sepertimana yang telah dirancang dan secara tidak langsung mendukung 10 keutamaan bagi mencapai matlamat Pembangunan Mampan / Sustainable Development Goals (SDGs) di peringkat global.

SOSIAL MEDIA MBIP