1. INDEKS PENGUKURAN KPKT (SPB-PBT)

LIHAT DOKUMEN SOKONGAN

Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) merupakan sistem yang menilai tahap penyampaian perkhidmatan PBT di seluruh negara menerusi kaedah penggredan yang seragam. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berjaya memperolehi dan mengekalkan penarafan lima (5) bintang dengan kedudukan markah sebanyak 97.49% pada penilaian diadakan pada 28 Jun 2022. Prestasi cemerlang yang diperolehi merangkumi kesemua kriteria utama SPB-PBT iaitu Pengurusan, Perkhidmatan-perkhidmatan Teras, Pengurusan Pelanggan dan Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk. Lanjutan dari itu, MBIP juga telah dianugerahkan sebagai PBT Terbaik Bandaraya di bawah kategori Perkhidmatan Teras.

Pemakluman pencapaian ini diterima sempena Majlis Konvensyen PBT 2023 anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak pada 11 dan 12 Mac lalu. Bertemakan 'Perbandaran Madani, Negara Sejahtera', konvensyen tersebut dihadiri hampir 2, 000 peserta terdiri daripada Datuk Bandar, Yang Dipertua (YDP) PBT, Setiausaha serta pegawai PBT seluruh Malaysia.

Konvensyen tersebut merupakan platform terbaik bagi memberi peluang kepada semua peserta berkongsi pengalaman, berbincang untuk mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif serta kreatif secara holistik dalam menangani isu-isu yang melibatkan pengurusan dan tanggungjawab PBT.

MBIP diberi penghormatan menyertai pameran dan membuat pembentangan khas berhubung pelaksanaan Iskandar Puteri Rendah Karbon Bersama Komuniti. Pembentangan telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha MBIP, Puan Zarina binti Haji Mohd Ali.

SOSIAL MEDIA MBIP